Pengalaman Interview DPLI kat UITM
Sunday, October 28th, 2007Semalam adalah kenangan kedua dalam hidupku diinterview oleh kerajaan dan kenangan prtama diinterview untuk scholarship perguruan dpli.
Bagi mereka yang akan diinterview dan menanya2 bagaimana keadaan interview DPLI, berikut adalah pengalamku.
aku diinterview di UITM shah alam, sek 17. Apabila sampai, first masalah yang aku hadapi ialah signboard.tak ada signboard untuk ke tempat temuduga. akhirnya, lepas pusing2 area sana, aku pi tanya pak gaurd.
Lepas parking keta, terdetik dalam hatiku "kecik gak uitm ni, xtumpah macam beberapa sekolah yang bersambung"..selepas masuk ke kawasan laman fakulti tu, terdetik lagi hatiku "nyamannya kawasan ni"..memang rasa tenang n relax.. Dengan muka selamba, aku mula berbual dengan seorang candidate juga. Kami berdua pergi mencari kelas. Kelas aku ditempatkan di M211, tetapi, kelas tu tak ada rupa tempat temuduga pun.
Kehairanan dan kebingungan…aku turun kebawah dan terserempak dengan seorang candidate dari arah bertentangan. Aku menyapanya, nasib baik, dengan kemesraan alam yang aku tunjukkan, aku dapat tau kelas2 telah diubah tempatnya..notis ditampal depan pejabat yang agak jauh dari tempat kami mengunggu.rupanya, aku ditukar ke kelas M313.Lega atinya aku sampai awal.terkilan juga kerana UITM tidak meletakkan panduan jelas di kawasan2 yang mudah dilihat.
Aku pergi ke pejabat dan mendapati yang aku first candidate. Gembira n nervouse juga. This is the time i will try my best (Konon jerlah..hehe)..Baru aku sedar that bukan semua candidate dapat pilihan pertama n kedua macam aku. aku ambik IT and English. Memandangkan aku sorang2 je sbb awal sampai, aku patah balik n duduk di laman tadi. candidate yang aku berkenalan tadi tidak kelihatan. aku mula menyapa seorang pelajar uitm yang sedang mengulangkaji untuk exam bersama rakan2nya. aik? ari ahad ada exam?..Diorang terkejut kerana ada tawaran course IT. Maybe Im the lucky one…yerla.. Malaysia memang sedang membangun dalam IT, lambat laun kena buka perguruan IT juga…hehe
Tiba datang seorang candidate menanya jika boleh duduk semeja denganku. Namanya Atikah ambik Technology Engineering. rupanya kita dari kelas sama M313. Dari situlah aku start bbual bagi melegakan perasaan "xready" yang mula bersarang dalam hati..Dia criter yang sesi interview semalam ada mocking mengajar ikut criter sepupu dia…terpanick jap coz xtau apa nak diajar bout IT…xperla..jgn pk…masa dalam tu, klau kena…bantai jerla..(nasib baik tak kena)
Dekat Jam 2ptg, kami berdua naik ke kelas… ada kelas yang sudah start. tapi kelas kami belum. bila penemuduga2 tiba, nama aku dipanggil.cuak!memang betul.aku candidate pertama.Kami disusun ikut turutan nama.Aku berkenalan dengan seorg lagi candidate. Panggil dia Hamidah. Dia candidate kedua. Muka n gaya cakap agak serupa dengan member aku pipot..entahla..bkenalan gak ngan srg lagi candidate ketiga..lelaki..hehe.dia criter yang dia pernah pergi KPLI sebelum ni n interview dia panas baran..soalan yang mereka tujukan tak bernas..tapi syok borak2 n dengar pengalamn orang lain. Tanya penajga nama kat luar siapa yang jadi penemuduga, dia bgtau Puan n encik…ok…bila nama aku dipanggil untuk masuk ke dalam bilik kelas tu, kenalan2ku ucap Good Luck.Thats y its important to make instant friends =) Naik sket semangat bila di wish gitu…
Masuk je, aku beri salam. I really hope I make a good impression. aku serahkan my certificate file and mula memerhati dan menilai para penemuduga. Ada seorang ppuan india yang agak berumur,dalam lingkungan 40an n lelaki melayu dalam 27 kot…ppuan india tu, aura dia tegas n sejuk, n laki melayu tu aura dia mengelirukan sebab dia asyik tersenyum lebar je bila pandang aku…entah apa dia fikirkan. aura naive sket… tapi aku tetap macam biasa, tersenyum n happy(walau msa tu kekok hanya Tuhan je yang tau).
Aku dpersilakan duduk di tengah2 ruang kosong.Cuak, this is the first time masa interview dalam hidup aku, kerusi jauh dari interviewer. Aku ditanya oleh laki melayu supaya bagi intro. easy question… but then…tiba kena comment indian lady "fateema, tolong bercakap dalam bahasa melayu".. huih! tegas tol! aku dah lama tak bercakap dalam bahasa melayu penuh…n kekok sket bila berbicara sebab bahasa ingerris asyik rasa nak terkeluar dari mulut. Tiba2 kena comment kedua "fateema, cuba cakap kuat sedikit"..alamak! baru je start interview dah kena comment.tapi takper… my nature is that i will not make advice intimidate me… so aku kuatkan suara..bila tiba giliran ppuan india, dia dsuruh aku cakp bahasa inggeris lak.soalan2 yang aku ditanya agak simple.yang aku ingat seperti berikut:
1. Intro pada diri sendiri
~aku criter pasal diri sendiri
2. Why do you think you make a good teacher
~aku criter my pengalaman jadi guru ganti sampai cikgu2 pujuk mengajar sana balik, how i could control students and good in public speaking (main bantai je..ahaks)
3. What language are they teaching IT at schools
~panik jap ngan soalan ni, aku ingat masa mengajar dulu, cikgu IT sana suh mintk tlg terangkan satu bahagian, tapi dalam BI lah tu.so aku terangkanlah IT dalam BI (hopefully indian lady tu xtau)
4. Why do you want to be a teacher
~ni soalan biasa je..aku aku jawab lah minat..bla bla bla
5. Terangkan macam mana tiba2 jadi guru ganti
~ aku terangkan pengalaman kerjaya n camner ended up jadi gikgu ganti
6. do have plans to continue study? i said yes and she asked me back how am i going to do that if i was a teacher?
~oh oh… panik jap sbb ingatkan sbb spttnya jawab no..tapi nak cover ceritalah yg hidup kita sentiasa kena kejar education yang lagi tinggi untuk skill…n guru2 sekolah ada yang pegang master, so tak impossible yang aku pun leh buat begitu…bla bla bla
Being me, i will explain as much as i can sampai masuk tang sebab munasabab lain2 (atas adalah ringkasan jer..hehe)and maybe sebab tu, diorang tak tanya banyak n interview tu dlam 10min je… sesal gak coz sbb xprepare myself jerla, i tended to kluar banyak ‘lah’, ‘err’, ‘aaa’…hehe… dah lama x public speaking so aku dah lupa semua taboo dalam public speaking…haha..but i dont really mind… dapat xdapat ditangan tuhan…
Lastly, klakar gak..coz ada ujian buta warna. terkejut but i did very well… aku disuruh cam 4 nombor dari nombor yang dia tunjukkan, dalam 1saat aku bagi jawapan to show my eyes (eventhough masih merah lepas surgery)..can see very well..Dirang tanay ada apa2 nak tanya mereka, so aku tanya bila akan dapat keputusan. they answered paling lambat awal december…I thanked them and masih rasa janggal sebab laki tu asyik senyum lebar je pandang aku. yang indian lady tu, macam biasa pandang bawah. Tulis something kot
aku dengan kegeringangan, keluar temu kawan2 yang tunggu diluar. Aku senyum lebar n start bercerita so diorang ada clue apa yang berlaku dalam tu…diorang tanya cakap bahasa apa…so bagitaulah aku kena cakap bahasa melayu dan inggeris. diorang kata diorang cuak dengar aku cakap ingerris..bila diorang cakap gitu…first thing yang kluar dalam otak aku ‘lega… klau diorang leh dengar suara aku dari luar… takde masalahlah dengan tahap kekuatan saura aku tadi’…
Lepas ucap diorang goodlak dan disambut oleh senyuman nervouse oleh candidate lain, aku pun melangkah ke kereta…happy sangat its all over with….So my DPLI interview experience berakhir di sini… hopefully, i can get the oppertunity to become a teacher..and a freelance programmer as part-time…hehe…amin…