u know…kadang2 aku jadi sket keliru….kadang2…ati rasa cam x puas…selalu nak itu ini…kadang2 rasa xpuas sebab rasa nak jadi ambituos..nak bkerjaya sebagai org besar, bukak business, nak bersaing….tapi…..terkenangkan satu ketika dulu dalam hidup dulu masa bkerja…time tu..memang tengah membina pengalaman nak buka software house sendiri…Allah bagi rezeki jadi independent dalam company yang pakar dalam fingerprint system, aku diberi kepercayaan untuk bina perisian2 berdasarkan keperluan pelanggan…time tu…seronok dapat meneroka alam programming yang penuh pressure tp seronok…dalam sebulan je aku dah bawak keuntungan sales berpuluh ribu kat company kerana software aku bina…(mungkin tu kot knp mereka sayang betul nak lepaskan aku masuk DPLI)..samping itu..aku pun btla perisian belakang mari untuk kononla try berbusines…tapi…dari situ aku sedar yang kelemahan aku wujud kerana tak bersungguh2…aku bersungguh2 dalam siapkan software sampai jap je siap..tapi..aku jadi putus asa tang sales ni…memang ada kawan2 yang tolong…tapi…entahla…aku rasa cam kecewa n putus asa…mungkin aku xdilahirkan Allah untuk menguasai dunia berbusiness…kelemahan datang dari aku dan kebaikan datang dari Allah…
kadang2 aku sambil buat software untuk company tu, terasa cam kosong…cam ada suara menanya diri ini "adakah ini yang aku mahu?"…aku startla rasa keliru…sebenarnya..aku walau tengah seronok kejar liku2 hidup..aku rasa cam hidup xbermakna…. aku mulalah mencari dan mencari makna dan tujuan aku dlahirkan…apa yang aku minat….naluri tiba menguasai dan aku terbayang senyuman je…senyuman demi senyuman dan cahaya yang bersinar….aku mulai faham aku ni jenis family type…aku bukan jenis yang kejar kemewahan tetapi kasih sayang….patutla ati aku rasa kosong je…
Alhamdulillah..Allah bagi aku peluang merasai kenikmatan mjadi pndidik dan terus mendapat DPLI dimana aku dibayar untuk belajar. Disini aku belajar banyak sangat…aku memang bertuah… setiap kali belajar sesuatu yang bermanfaat, ati akan terus berkata "keadah ni menarik..nanti aku nak terapkan semasa mengajar"…harap2…masa tiba waktu tu..aku xterlupa tujuan sebenar kenapa aku jadi pendidik..kadang2 org kaitkan cikgu dengan xpandai,malas,xfaham pelajar, gaji buta,kje senang, ajar syok sendiri,pandg rendah pada kelas belakang…aku xsalahkan sesapa…dulu aku pun pernah terpikir gak gitu…tapi tup2..skang ni sapa yg jadi cikgu? aku bt kesimpulan yang cikgu2 yang aku fikirkan ni adalah golongan cikgu yang mengajar tanpa minat mengajar…cikgu2 yang belum ada pengalaman bkerja di dunia luar bidang mereka sehingga mereka tidak mendapat peluang menilai dan menghargai kerjaya perguruan….aku simpati gak ngan cikgu2 ni sbb kat akhirat drg akan disoal…gerenti Allah akan soal "kamu adalah pendidik, adakah kamu bsungguh2 melaksanakan tanggungjawab kamu mendidik agar anak2 muda bjaya dunia akhirat?"….burrr…..takutssssss…..
teringat lak kat dr.suppiah…dia ajar psikologi…lecturer yang sangat unique..pelik…tapi…motivational….ni yang aku kagum dgn dia…selain tu…kagum ngan lecturer pedagogi..dr.nasir…dr.nasir ni memang pandai bt otak aku berfikir dan berkritis…dia bt benda cam simple je…tapi sgt bermakna..teringat satu ayat dalam nota koQ.."KISS-keep it simple but sweet"…aku kn ingat konsep ni….
Umur aku 24 tahun…aku jangka dalam 60 aku dah meninggal…so tinggal dalam 36 tahun untuk aku hidup lagi….itupun klau ajal x tiba lagi awal…aku selalu terbayang diri sendiri tengah tua…rupa aku tua…entah masa tu ibuabah ada lagi ke x…(airmata tiber2 menitis lak ni)…masa tu…mesti aku terkenangkan…apa yg aku dah bt dengan hidup…berbaloi n bermakna x…aku terbayang diri aku yang lemah n krepot…dok termenung kat tingkap…(60 kat aku cam tua sangat.haha..padahal xderla tua sangt)..aku akan puas dalam hidup klau 1. anak2 aku berjaya menjadi individu yang seimbang dalm pelajaran, agama,pemikiran, sosial, emosi dan sihat disamping keluarga sendiri 2. aku bjaya bt suami aku syg n setia kat aku 3. aku masih seorg yg bersifat existenlisme sampai mencapai tahap mana aku bjaya capai syahid sehingga ibadah terasa sangat mudah 4. aku disayangi ramai 5. aku hidup stabil………… Ya Allah…..moga2 hambaMu ini yang byk sangat berdosa dan mmbuat kesilapan berjaya capai matlamat hidup ni sebelum bertemu denganMu di padang masyar…paling kurang…bagila peluang hambaMu ini untuk menjadi insan yang lagi baik agar bila hidupku dibentangkan di hadapan semua…aku boleh menitiskan airmata kesyukuran….bagila hambaMu ini peluang mencium syurga…amin yarobilalamin………